Amalan jauhi bisikan & godaan Iblis


Terdapat beberapa amalan-amalan untuk kita menjauhi daripada bisikan dan godaan iblis laknatullah iaitu :

1. Banyakkan membaca doa perlindungan kepada Allah SWT . Membaca doa perlindungan daripada Allah SWT
seperti terdapat di dalam al-Quran surah al-Mukminun ayat 97-98.
Firman Allah SWT maksudnya : “Dan katakanlah :’Ya Tuhanku, aku berlindung kepada Engkau dari
bisikan-bisikan syaitan, dan aku berlindung (pula) kepada Engkau ya Tuhanku, agar mereka
tidak mendekatiku’.”Baca doa perlindungan : Auzubillahi minas syaitannir rajim
(aku berlindung dengan Allah daripada syitan yang direjam)

2. Baca “bismillahirahmanirrahim” setiap perbuatan yang hendah dilakukan.

3. Banyakkan berzikir dan berdoa , seperti doa-doa yang di ajarkan oleh Nabi SAW.
(doa makan, doa masuk tandas, doa sebelum berjimak, doa naik kenderaan,
doa keluar rumah dan lain-lain lagi)

4. Banyakkan bersedekah dengan ikhlas.

5. Banyakkan bertaubat kepada Allah SWT.

6. Banyak membaca al-Quran.

7. Sentiasa berwuduk.

8. Banyakkan solat malam.

9. Sentiasa memberi salam , ketika masuk kerumah atau ketika berjumpa saudara muslim yang lain.