"Life"
"Cinta Dunia Itu Kegelapan Dan Penerangnya Ialah Takwa"

Okt
11

Rindu Pada-Mu

Tiada sehari yang berlalu
Tanpa ku mengingati Mu
Rindu pada Mu
Sentiasa mendambakan
Kasih dan sayang Mu
Semalam aku bermimpi
Dalam hujan ku berlari
Berlari mencari
Memangil-manggil nama Mu
Nama Mu yang sempurna

Kuharap dan kuberdoa
Semoga dapat bersua denganmu

Tiada kata yang dapat ku gambarkan
Perasaan yang ku alami
Cinta ku ini tiada berbelah bagi
Cinta yang suci dan abadi

Apakah aku diterima
Atau kau kan membiarkan saja
Kerana ku berdosa
Jangan biarkan ku terhina
Ku merayu pada mu

Sep
14

Kala Ramadhan hanya tinggal beberapa hari..yang masih mempunyai rahmat tersembunyi…tapi kebanyakan kita lupa…lupa tentang asal kita…lupa tentang tujuan hidup…lupa siapa pencipta…dan yang paling sedih..golongan yang paling banyak lupa nie adalah daripada golongan pemuda yang lupa…ingat lah…muaz berpesan pada diri dan semua…pemuda pemudi semua..kebanyakan kita sesat bila kita terlalu taksub dengan sesuatu perkara yang boleh membawa keburukan…dalam linkungan usia begini…adalah lumrah wujud perasaan cinta antara kaum adam dan kaum hawa…tak dapat dinafikan..itu fitrah…tapi saudara…kita ada agama…ada pegangan hidup…ada tuhan yang sentiasa perhatikan kita…jangan sampai kita langgar batas-batas agama…jangan biar diri kita ditelan oleh nafsu…jihad yang paling besar adalah jihad melawan hawa nafsu…cuba didik nafsu supaya suka kepada kebaikan..jangan ikut nafsu yang bawa keburukan..dalam bulan yang indah nie..masih lagi ada yang buat tak endah…cemarkan sucinya Ramadhan..masih ada lagi pasangan yang bukan muhrim berdating, buat benda terlarang tak kira waktu..ingat lah..kita diciptakan semuanya berpasangan..akan disatukan jugak suatu hari nanti…sekiranya kita nakkan pasangan yang baik…diri kita perlula berusaha…berusaha baikkan diri…insyaAllah akan dapat yang terbaik…semoga sesingkat Ramadhan yang ada nie..sama-sama kita beramal dan berdoa agar segala amalan yang kita lakukan diterima-Nya dan segala dosa yang kita lakukan diampun…

Sep
13

Dalam sedar atau tak..sebenarnya kita dah pon berada betul-betul pada hujung Ramadhan..selalunya detik-detik yang macam nie la kebanyakan hati-hati manusia semakin alpa dan lupa dengan kenikmatan Ramadhan yang akan pergi nie…Waktu-waktu yang macam nie kebanyakan hati-hati manusia lebih terdorong untuk mempersiapkan menjelang Aidilfitri yang bakal tiba tak sampai seminggu lagi..muaz ingin berpesan berpesan pada diri dan seluruh muslim yang lain..agar menghargai masa-masa yang tertinggal dalam bulan yang penuh barakah nie..supaya ia menjadi Ramadhan yang tidak disia-siakan..Adakah kita berpeluang untuk bertemu dengan Ramadhan yang akan datang?? Sudah tentu jawapannya adalah tidak pasti..Sesuatu yang berkaitan dengan masa depan adalah bidang kuasa Yang Maha Agung…jadi dengan sedikit masa yang ada nie…insyaAllah kita cuba hargai..

Sep
13

“JOM BERSEDEKAH” sempena Ramadhan yang hampir habis dan belum tamat nie..jomla kita pakat-pakat penuhkan tabung-tabung masjid..heheh..tapi nak bersedekah nie bukan setakat sedekah kat masjid ja..banyak cara nak bersedekah ne..dan yang paling best..ganjarannya berlipat kali ganda..tambah lagi dalam bulan posa nie yang penuh barakah kan…

dalam quran ada menyebut:

“Belanjakanlah ( dermakanlah ) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum sampai ajal maut seseorang dari kamu, ( kalau tidak ) maka ia ( pada saat itu ) akan merayu dengan berkata : Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya jika Engkau lambatkan kedatangan ajalku sekejap lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh” ( Al-Munafiquun : 10 )

daripada maksud ayat di atas dapat kita paham yang sedekah nie amat besar disisi Allah…

ada lagi hadith Rasulullah:

“Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya” ( H.R. Tabrani )

“Segeralah kamu bersedekah, kerana bala bencana itu tidak dapat melangkahi sedekah”                                           ( H.R Al-Baihaqi )

Seorang lelaki menghadap Rasulullah saw lalu bertanya : Wahai Rasulullah! Sedekah mana satu yang lebih besar ? Nabi saw menjawab : Engkau bersedekah ketika sihat dan sangat sayangkan hartamu; ketika engkau takutkan kepapaan dan berharap hendakkan kaya-raya. Janganlah engkau bertangguh untuk bersedekah, sehingga apabila nyawa sampai ke kerongkong, barulah engkau berkata : Aku mahu bersedekah untuk si anu.. sekian untuk si anu dan sekian lagi untuk si anu ( H.R Al-Bukhari )

MasyaAllah…besarnya ganjaran Allah pada hambanya yang suka bersedekah…Insyaallah..jom kita bersedekah…

Sep
12

Indahnya Bersahabat

Salam..kali ni muaz saja nak share tentang tajuk ari nie…indahnya bersahabat…kekadang ada orang tanya..”sahabat ngan kawan tu bukan ke satu benda yang sama?” heemmm…bagi muaz ia adalah dua istilah yang mempunya maksud yang amat tersirat dan mendalam. bagi muaz KAWAN bermaksud kenalan yang kita boleh jumpa dimana-mana sahaja dan mempunyai pelbagai jenis sifat samaada baik atau pon sebaliknya..ok…SAHABAT plak adalah insan yang bukan terdiri dalam kalangan keluarga kita tapi dia nie amat amik berat kat kita..selalu susah senang bersama..membantu bila diperlukan dan pandai jaga hati sahabatnya yang lain..ermm..kan ada banyak beza tu..SAHABAT dengan KAWAN..jujurnya..sejak muaz berada di DARULNAIM COLLEGE OF TECHNOLGY ni…suasana bersahabat tu memang kuat..kekadang dengan sifat sahabat yang terlalu amik berat dan selalu ingat mengingati kita tentang tujuan hidup didunia nie..bleh buatkan kita menangis..

Kat kolej muaz tue ada seorang junior yang kurang upaya..muaz selalu tengok dia..tiap-tiap hari..terfikir dalam hati..macammana kehidupannya sepanjang berada kat sini….tapi semua soalan pantas terjawab..sahabatnya…betul-betul jaga dia..bergilir-gilir..muaz terfikir..sekiranya ada sahabat muaz yang perlukan bantuan yang sebegitu atau pon lebih…adakah muaz bleh tunaikan…erm..insyaalah muaz boleh dan muaz akan cuba…